Friday 19 July 2013

Bu$ine$$ Plan



One thing about me is, my daydream is making a business. Sometimes, I think too much about doing business. Ya, I know, I will end up being a successful business man someday. Hopefully, either in fashion, food or oil and gas. But, the most things that I should have is CAPITAL!
This is the toughest part in making business. To start up any business, we need a capital. That will be the problem to many intrepeunership in Malaysia. They don’t have enough capital to start the business. That will be the reason why many of them just backs off what they had planned. I have to start thingking how should I have the capital? Ermmm, maybe by something with my own ability. I hope that one day, my dream to be a successful business man will come true. Pray for me everyone. :D




Monday 15 July 2013

KAMU KAU dan AKU



Kini sudah tiba masa untuk berubah. Mungkin azam mahupun cita-cita hanya lah ucapan di awal tahun baru semata. Tiada siapa peduli. Sekurang-kurangnya ada, dan hanya kita saja yang tahu. Peduli apa yang dikata. Ketentuan hidup ini, hanya kita yang pilih. Selalu merancang, Ada yang menentukan.

     Mungkin tidak semuanya indah belaka. Tidak mengapa, teruskan saja. Ada hikmah di sebalikya. Bukan maksud gagal kini, terus gagal selamanya. Azam dan kekuatan itu perlu sentiasa ada. Seiring berlari, tidak lagi berjalan. Peduli apa orang kata. Usaha dan buktikan. Mungkin cepat, mungkin juga lambat. Buat saja, asal dapat. Tunaikan apa yang KAMU inginkan. Tidak perlu toleh ke belakang. Terus berlari ke hadapan. Buat apa selagi mampu. Asal tidak melanggar apa yang perlu.

      Kelak nanti, ramai yang dekat. Siapa kita? Hanya mereka yang tahu. Waktu itu, ramai yang ingin tahu. Kiah, Jemah dan Bedah sibuk ambil tahu. Habis semua diselongkar satu persatu. Waktu itu, apa yang kau mahu tahu. Jawapan di balik selimut juga yang kau ingin tahu. Yang lain, tak ingin  tahu. Diam kau satu persatu! Senyuman sinis yang kau tahu. Namun, dabik dada yang kau lihat dariku. Terdiam kau beribu batu. Hanya kau dan aku yang tahu. Siapa KAU, siapa AKU!

Wednesday 13 March 2013

PuisiCinta

Andai kau tahu sebak hatiku bila ruang dan waktu keja membina tembok antara kita. 

Malamku sunyi tanpamu. 

Terkadang aku membayang kau disisi, bagai waktu dulu, karena hanya itu membuat aku gagah menjalani penghidupan ini. 

Kau tahu kamu buat aku hidup dengan kasih sayangmu, dan syukur aku dalam kekerdilan keadaan aku dipertemu dengan kamu, cinta hidupku. 

Kau penawar, hadir saat aku kesakitan butuhkan secebis kasih sayang insan sepertimu, sayangku oh sayang.

Pohonku pada mu, wahai sayangku. Pulanglah mu ke tempat asalmu. Agar rinduku sedikit terubat dengan kehadiranmu. 

Walau di kejauhan itu, kirimkanlah daku, cebisan rindumu buatku. Yang hanya sabar menanti dari sini yang di kejauhan.

#PuisiCinta

Tuesday 5 March 2013

Pulangkannn~


                Kebelakangan ini saja banyak yang diduga dengan pilihan. Semua perkara termasuklah benda, sahabat serta perasaan. Mungkin ini cobaan dan dugaan tuhan buat saya pada waktu ini.Namun, sebenarnya saya lebih senang seperti biasa. Seperti dahulu yang tidak menuntut saya untuk memilih. Kini, ia amat perit untuk saya memilih semuanya.
 Namun, saya kira dan saya mahu semua yang saya ada seperti sedia kala. Saya rindu semuanya. Saya sayang semuanya. Saya cita semuanya. Tidak perlu memilih kerana saya butuh kesemuanya. Jadi, saya mohon kepada semua kembali ke tempat asalnya, pulang ke pangkalnya tiada yang bercelaru, tiada yang sepi rindu tiada semua itu. Kerna ku mahu hidupku seperti dahulu. Pulangkanlahhh ~

Sunday 24 February 2013

** Fa$h1onis&7@ **


 

                Mungki ramai di antara kita mengimpikan mereka dapat hadir sama dalam fashion show. Tidak kira samada sebagai model, pereka fesyen, pengkritik fasyen, penggemar fesyen mahupun hanya sekadar memenuhi undangan yang suka akan benda-benda indah di dunia. Semuanya indah-indah belaka. Saya suka semuanya itu. Namun, belum ada kesempatan, ruang dan peluang untuk melakukannya. Mungkin itu bukan untuk saya, atau belum jodohnya. 

Semester akhir saya penuh dengan cabaran dan kesibukan FYP – Final Year Project. Menjadi seorang pelajar Kejuruteraan Awam bukan yang paling tepat untuk dikaitkan dengan fesyen. Namun begitu, saya amat senang sekali melihat fesyen terbaru yang disuntik dalam dunia fesyen sekarang. Dalam diam, sebenarnya ramai yang merasakan bahawa fesyen itu penting. Kini, bukan sahaja fashionista yang mampu menyarung fesyen-fesyen yang dianggap pelik mahupun jarang dilihat disarungkan oleh kebiasaannya, sudahnya ramai  yang berani menyarungkan baju yang sama seperti apa yang disarungkan mereka. Hebat!

  

Sewaktu ini, saya sering melewati blog-blog fesyen. Kebanyakannya orang kita sendiri. Ada juga terselit dua tiga, orang putih dengan fesyen mereka tersendiri. Sebenarnya, blog fesyen ini banyak, seperti hujan tumbuh selepas hujan. Masing-masing dengan gaya yang tersendiri. Ada yang berfalsafah gaya fesyen, berbicara dunia fesyen luar. Penelitiannya, fesyen tempatan dan luar negara dua benda yang berbeza. Pereka tempatan lebih gemar mereka pakaian yang masih bercirikan baju kurung yang mash berlitup. Satu benda yang baik. Namun, ramai-ramai penulis  blog, masih lagi ada yang bangga dengan dunia fesyen setempat. Gambar-gambar majlis peragaan baju pereka-perka fesyen terkenal seperti Jovian Mandagie, Rizalman dan sebagainya masih lagi tetap mempunyai peminat tempatan tersendiri. Mereka penuh dengan seni, adat  dan gaya yang tersendiri. Masing-masing memperjuangkan cara yang tersendiri. Ada yang memilih padding bahu sebagai gaya tersendiri, juga potongan baju seperti mermaid, dan kain songket yang indah hasil tenunannya yang tidak boleh dipisahkan dengan setiap rekaan yang ditampilkan. Masing-masing mempunyai kegilaan dan kesukaan yang tersendiri. Bagusnya kerna apa, pelbagai pilihan baju yang boleh disarungkan.


Bagi penulis-penulis blog fesyen ini, tidak semua antara mereka berlatar belakangkan fesyen. Agak menarik jika dilihat, ada diantara mereka adalah pelajar Kejuruteaan Kimia. Pada awalnya saya kira, mungkin dia hanyalah seorang penggemar biasa terhadap fesyen. Namun, sebenarnya dia adalah pengikut trend-trend terkini dan gila akan fesyen duna. Sering dijemput ke majlis-majlis peragaan baju di dalam mahupun luar negara. Dia amat berani menyarungkan pakaian mengikut tema yang amat jarang disarungkan oleh sesetengah orang – termasuk diri saya sendiri.  Apa yang mengkagumkan saya, walaupun penggemar-penggemar fesyen ini bukanlah dikalangan yang telah menempa nama di pentas fesyen, namun mereka sentiasa memastikan mereka tidak ketinggalan dalam dunia fesyen. Mereka seiring dengan fesyen dunia. Itu jelas menunjukkan minat mereka yang mendalam terhadap fesyen dan menganggapnya sebagai hobi dan minat yang dihayati sepanjangnya.

Setelah melewati beberapa blog fesyen ini, sedikit sebanyak ia menimbulkan minat terhadap fesyen sebenar. Namun, terang saya katakan saya mungkin minat dan gemar fesyen tetapi bukan gila akan fesyen. Lebih selesa menjadi penonton dari ditonton atau mengata dari dikata. Mungkin sedikit masa lagi, jika ada kelapangan waktu, saya akan muncul dengan satu blog fesyen – lebih simple dan tidak keterlaluan. Seperti sahabat kesayangan saya pernah mencadangkan saya untuk membuat blog fesyen. Tetapi, saya masih tidak yakin kerana saya hanya orang biasa yang minat pada fesyen semata. Mungkin, satu hari nanti saya akan cuba tetapi sejujurnya banyak yang perlu dipelajari. Saya budak baru belajar, masih berhingus dalam dunia fesyen.

Bagi saya, terpulang kepada setiap individu untuk mereka mencorak bagai mana diri mereka sendiri. Mengikut garis panduan yang sedia ada dan norma kehidupan manusia, pilih dan corakkan kain yang ada mengikut warna dan citarasa sendiri. Sama ada anda inginkan ia kosong, ataupun berwarna warni seperti pelangi. Itulah diri anda sebenar. Jadi diri anda yang sebenar, kerana hanya jauhari yang mengenal manikam. Mungkin ia bukan dasar utama, tetapi ia boleh jadi sampingan. Fahami, dan hayati.


Monday 11 February 2013

KARYA


Tulisan atau hasil nukilan. Sesiapa sahaja boleh buat, kalau dia nak buat. Tak kira lah, nak buat dalam bentuk tulisan tangan atau pun taip dan upload terus dalam blog. Sebenarnya, blog ni termasuk dalam kategori menulis diari. Cuma tidak mahu nampak macam old school or cliché sangat, tulislah dalam blog. Urbanization katanya. Tak kisah lah macam mana cara pun. Nak tulis, di mana-mana pon boleh. (jangan tulis dekat dinding tandas pula ye!)

P E N A


Tetapi, bagi saya, aktiviti menulis blog ni mengikut mood dan kelapangan seseorang itu juga. Bagi saya, bila ada masa dan terasa nak meluahkan perasaan atau pendapat, baru lah saya buka laptop dan mula menaip. Kalau kita tengok satu-persatu blog yang ada, kita sebenarnya boleh tau perasaan, emosi dan keinginan seseorang apabila dia menulis blog.  Mungkin pada masa sekarang, saya hanya memikirkan apa yang difikirkan oleh setiap bloger untuk mereka mula menaip. Mungkin mereka bercerita mengenai pengalaman, pendapat ataupun keadaan dan peristiwa disekeliling mereka. Dan mungkin juga, mereka tidak mahu kehilangan memori yang terpalit di minda. Bagi saya, untuk menulis blog ini bukan suatu yang mudah. Untuk menghasilkan sebuah blog yang berkualiti dan mempunyai peminat yang tersendiri, penulis haruslah bijak dan pandai mengolah bentuk penulisan dan pengisian blog tersebut. Penulis blog harus bijak menyusun jalan cerita mereka dalam setiap entry yang diceritakan. Macam nak tulis sebuah cerita, mesti ada pembuka, klimaks dan penutupnya. Betul tak? Jadi, sama dengan menulis blog. Baru lah pembaca akan merasa, berfikir dan akhirnya mesej yang ingin disampaikan oleh penulis dapat diterima dengan mudah dan jelas.

Setiap penulis blog, berbeza cara penulisannya. Ada yang berbunga-bunga berkias dan tidak kurang yang skema. Ada juga yang menulis dalam Bahasa Malaysia, ada juga yang menulis dalam Bahasa Inggeris. Terpulang mengikut citarasa dan mood penulis tersebut. Tepuk dada, tanya selera. Dari segi pengisiannya pula, pelbagai bentuk cara dan isi boleh ditulis dalam entry masing-masing. Tidak kiralah dari aspek pendidikan, info dan maklumat mengenai gadget, agama, makanan, pelancongan dan pngembaraan, fesyen, mahupun penceritaan tentang diri sendiri dan orang di sekeliling mereka dan sebagainya. Masing-masing mempunya minat dan idea yang tersendiri dan bergantung kepada penulis bagaimana mereka ingin mengolahnya. Bagi saya, saya lebih gemar untuk menulis sesuatu yang berlaku kepada persekitaran dan tidak menetapkan mana-mana aspek sebagai garis panduan dalam menulis blog. Jika ada masa dan kelapangan, baru saya akan menulis blog. Kadang-kadang tu, untuk memuat naik satu entry, saya mengambil masa berbulan-bulan untuk menyiapkannya. Bukan kerana ia rumit, tetapi kelapangan masa yang terhad dan mood untuk menulis itu tak sampai. Tak dipanggil seru, itu yang tak siap-siap. Haha.

Namun, apa pun jenis penulisan anda, pasti ada yang menggemarkannya. Manusia ni berbeza-beza. Ada yang suka itu, ada yang suka ini. Jadi, asalkan anda menjadi diri anda yang sebenarnya, penulisan yang tidak keterlaluan, pasti ada pembacanya. Yang penting, confident pada diri, tuliskan apa sahaja yang terpalit dalam kotak fikiran. Anda pasti dapat menulis satu blog yang menggambarkan diri anda yang sebenarnya. Harapnya, entry kali ini dapat membantu anda untuk menulis sesuatu yang baru dan ada pengisiannya yang tersendiri. Selamat berKARYA~ J

Tuesday 2 October 2012

MoMeNt!

1 October 2012.

A day before my first final paper for this semester. Tapi x tau kenapa sepanjang hari study, just teringat kat you sajork. Kenapa masa sekarang? Kenapa pulak you xde sekarang? dugaan DUGAAN dugaan!

Sepanjang I belajar untuk paper esoknya, (hari ni lah yer) hanya TERINGAT kat you je tau tak! And for this semester pulak, I buat notes macam I study dengan you. Everytime I read through the notes, I just remembered that the way you thought me how to remember those notes. Haiyaaa~

Tapi apa kan daya. You know me, hahaha. last minutes study kannn. Semua boleyh lah jawab nyer pun kan, tapi ada some calculation yang lupa method nya lah. So, faham-faham lah yer. hehehe. Btw, I miss you so much. hahahaha. Mampu?! #kbye

Cc : XOXO UiTM Jengka