Kini sudah tiba masa untuk berubah.
Mungkin azam mahupun cita-cita hanya lah ucapan di awal tahun baru semata.
Tiada siapa peduli. Sekurang-kurangnya ada, dan hanya kita saja yang tahu.
Peduli apa yang dikata. Ketentuan hidup ini, hanya kita yang pilih. Selalu
merancang, Ada yang menentukan.
Mungkin
tidak semuanya indah belaka. Tidak mengapa, teruskan saja. Ada hikmah di
sebalikya. Bukan maksud gagal kini, terus gagal selamanya. Azam dan kekuatan
itu perlu sentiasa ada. Seiring berlari, tidak lagi berjalan. Peduli apa orang
kata. Usaha dan buktikan. Mungkin cepat, mungkin juga lambat. Buat saja, asal
dapat. Tunaikan apa yang KAMU inginkan. Tidak perlu toleh ke belakang. Terus
berlari ke hadapan. Buat apa selagi mampu. Asal tidak melanggar apa yang perlu.
Kelak
nanti, ramai yang dekat. Siapa kita? Hanya mereka yang tahu. Waktu itu, ramai
yang ingin tahu. Kiah, Jemah dan Bedah sibuk ambil tahu. Habis semua
diselongkar satu persatu. Waktu itu, apa yang kau mahu tahu. Jawapan di balik
selimut juga yang kau ingin tahu. Yang lain, tak ingin tahu. Diam kau satu persatu! Senyuman sinis
yang kau tahu. Namun, dabik dada yang kau lihat dariku. Terdiam kau beribu
batu. Hanya kau dan aku yang tahu. Siapa KAU, siapa AKU!