Monday, 11 February 2013

KARYA


Tulisan atau hasil nukilan. Sesiapa sahaja boleh buat, kalau dia nak buat. Tak kira lah, nak buat dalam bentuk tulisan tangan atau pun taip dan upload terus dalam blog. Sebenarnya, blog ni termasuk dalam kategori menulis diari. Cuma tidak mahu nampak macam old school or cliché sangat, tulislah dalam blog. Urbanization katanya. Tak kisah lah macam mana cara pun. Nak tulis, di mana-mana pon boleh. (jangan tulis dekat dinding tandas pula ye!)

P E N A


Tetapi, bagi saya, aktiviti menulis blog ni mengikut mood dan kelapangan seseorang itu juga. Bagi saya, bila ada masa dan terasa nak meluahkan perasaan atau pendapat, baru lah saya buka laptop dan mula menaip. Kalau kita tengok satu-persatu blog yang ada, kita sebenarnya boleh tau perasaan, emosi dan keinginan seseorang apabila dia menulis blog.  Mungkin pada masa sekarang, saya hanya memikirkan apa yang difikirkan oleh setiap bloger untuk mereka mula menaip. Mungkin mereka bercerita mengenai pengalaman, pendapat ataupun keadaan dan peristiwa disekeliling mereka. Dan mungkin juga, mereka tidak mahu kehilangan memori yang terpalit di minda. Bagi saya, untuk menulis blog ini bukan suatu yang mudah. Untuk menghasilkan sebuah blog yang berkualiti dan mempunyai peminat yang tersendiri, penulis haruslah bijak dan pandai mengolah bentuk penulisan dan pengisian blog tersebut. Penulis blog harus bijak menyusun jalan cerita mereka dalam setiap entry yang diceritakan. Macam nak tulis sebuah cerita, mesti ada pembuka, klimaks dan penutupnya. Betul tak? Jadi, sama dengan menulis blog. Baru lah pembaca akan merasa, berfikir dan akhirnya mesej yang ingin disampaikan oleh penulis dapat diterima dengan mudah dan jelas.

Setiap penulis blog, berbeza cara penulisannya. Ada yang berbunga-bunga berkias dan tidak kurang yang skema. Ada juga yang menulis dalam Bahasa Malaysia, ada juga yang menulis dalam Bahasa Inggeris. Terpulang mengikut citarasa dan mood penulis tersebut. Tepuk dada, tanya selera. Dari segi pengisiannya pula, pelbagai bentuk cara dan isi boleh ditulis dalam entry masing-masing. Tidak kiralah dari aspek pendidikan, info dan maklumat mengenai gadget, agama, makanan, pelancongan dan pngembaraan, fesyen, mahupun penceritaan tentang diri sendiri dan orang di sekeliling mereka dan sebagainya. Masing-masing mempunya minat dan idea yang tersendiri dan bergantung kepada penulis bagaimana mereka ingin mengolahnya. Bagi saya, saya lebih gemar untuk menulis sesuatu yang berlaku kepada persekitaran dan tidak menetapkan mana-mana aspek sebagai garis panduan dalam menulis blog. Jika ada masa dan kelapangan, baru saya akan menulis blog. Kadang-kadang tu, untuk memuat naik satu entry, saya mengambil masa berbulan-bulan untuk menyiapkannya. Bukan kerana ia rumit, tetapi kelapangan masa yang terhad dan mood untuk menulis itu tak sampai. Tak dipanggil seru, itu yang tak siap-siap. Haha.

Namun, apa pun jenis penulisan anda, pasti ada yang menggemarkannya. Manusia ni berbeza-beza. Ada yang suka itu, ada yang suka ini. Jadi, asalkan anda menjadi diri anda yang sebenarnya, penulisan yang tidak keterlaluan, pasti ada pembacanya. Yang penting, confident pada diri, tuliskan apa sahaja yang terpalit dalam kotak fikiran. Anda pasti dapat menulis satu blog yang menggambarkan diri anda yang sebenarnya. Harapnya, entry kali ini dapat membantu anda untuk menulis sesuatu yang baru dan ada pengisiannya yang tersendiri. Selamat berKARYA~ J

No comments:

Post a Comment