Mungki ramai di antara kita mengimpikan mereka dapat hadir sama dalam fashion show. Tidak kira samada sebagai model, pereka fesyen, pengkritik fasyen, penggemar fesyen mahupun hanya sekadar memenuhi undangan yang suka akan benda-benda indah di dunia. Semuanya indah-indah belaka. Saya suka semuanya itu. Namun, belum ada kesempatan, ruang dan peluang untuk melakukannya. Mungkin itu bukan untuk saya, atau belum jodohnya.
Semester akhir
saya penuh dengan cabaran dan kesibukan FYP – Final Year Project. Menjadi
seorang pelajar Kejuruteraan Awam bukan yang paling tepat untuk dikaitkan
dengan fesyen. Namun begitu, saya amat senang sekali melihat fesyen terbaru
yang disuntik dalam dunia fesyen sekarang. Dalam diam, sebenarnya ramai yang
merasakan bahawa fesyen itu penting. Kini, bukan sahaja fashionista yang mampu
menyarung fesyen-fesyen yang dianggap pelik mahupun jarang dilihat disarungkan
oleh kebiasaannya, sudahnya ramai yang
berani menyarungkan baju yang sama seperti apa yang disarungkan mereka. Hebat!
Sewaktu ini,
saya sering melewati blog-blog fesyen. Kebanyakannya orang kita sendiri. Ada
juga terselit dua tiga, orang putih dengan fesyen mereka tersendiri. Sebenarnya,
blog fesyen ini banyak, seperti hujan tumbuh selepas hujan. Masing-masing
dengan gaya yang tersendiri. Ada yang berfalsafah gaya fesyen, berbicara dunia
fesyen luar. Penelitiannya, fesyen tempatan dan luar negara dua benda yang
berbeza. Pereka tempatan lebih gemar mereka pakaian yang masih bercirikan baju
kurung yang mash berlitup. Satu benda yang baik. Namun, ramai-ramai
penulis blog, masih lagi ada yang bangga
dengan dunia fesyen setempat. Gambar-gambar majlis peragaan baju pereka-perka
fesyen terkenal seperti Jovian Mandagie, Rizalman dan sebagainya masih lagi
tetap mempunyai peminat tempatan tersendiri. Mereka penuh dengan seni, adat dan gaya yang tersendiri. Masing-masing
memperjuangkan cara yang tersendiri. Ada yang memilih padding bahu sebagai gaya
tersendiri, juga potongan baju seperti mermaid, dan kain songket yang indah
hasil tenunannya yang tidak boleh dipisahkan dengan setiap rekaan yang
ditampilkan. Masing-masing mempunyai kegilaan dan kesukaan yang tersendiri.
Bagusnya kerna apa, pelbagai pilihan baju yang boleh disarungkan.
Bagi
penulis-penulis blog fesyen ini, tidak semua antara mereka berlatar belakangkan
fesyen. Agak menarik jika dilihat, ada diantara mereka adalah pelajar
Kejuruteaan Kimia. Pada awalnya saya kira, mungkin dia hanyalah seorang
penggemar biasa terhadap fesyen. Namun, sebenarnya dia adalah pengikut
trend-trend terkini dan gila akan fesyen duna. Sering dijemput ke majlis-majlis
peragaan baju di dalam mahupun luar negara. Dia amat berani menyarungkan
pakaian mengikut tema yang amat jarang disarungkan oleh sesetengah orang –
termasuk diri saya sendiri. Apa yang
mengkagumkan saya, walaupun penggemar-penggemar fesyen ini bukanlah dikalangan
yang telah menempa nama di pentas fesyen, namun mereka sentiasa memastikan
mereka tidak ketinggalan dalam dunia fesyen. Mereka seiring dengan fesyen
dunia. Itu jelas menunjukkan minat mereka yang mendalam terhadap fesyen dan
menganggapnya sebagai hobi dan minat yang dihayati sepanjangnya.

Bagi saya,
terpulang kepada setiap individu untuk mereka mencorak bagai mana diri mereka
sendiri. Mengikut garis panduan yang sedia ada dan norma kehidupan manusia,
pilih dan corakkan kain yang ada mengikut warna dan citarasa sendiri. Sama ada
anda inginkan ia kosong, ataupun berwarna warni seperti pelangi. Itulah diri
anda sebenar. Jadi diri anda yang sebenar, kerana hanya jauhari yang mengenal
manikam. Mungkin ia bukan dasar utama, tetapi ia boleh jadi sampingan. Fahami,
dan hayati.