Monday, 15 July 2013

KAMU KAU dan AKU



Kini sudah tiba masa untuk berubah. Mungkin azam mahupun cita-cita hanya lah ucapan di awal tahun baru semata. Tiada siapa peduli. Sekurang-kurangnya ada, dan hanya kita saja yang tahu. Peduli apa yang dikata. Ketentuan hidup ini, hanya kita yang pilih. Selalu merancang, Ada yang menentukan.

     Mungkin tidak semuanya indah belaka. Tidak mengapa, teruskan saja. Ada hikmah di sebalikya. Bukan maksud gagal kini, terus gagal selamanya. Azam dan kekuatan itu perlu sentiasa ada. Seiring berlari, tidak lagi berjalan. Peduli apa orang kata. Usaha dan buktikan. Mungkin cepat, mungkin juga lambat. Buat saja, asal dapat. Tunaikan apa yang KAMU inginkan. Tidak perlu toleh ke belakang. Terus berlari ke hadapan. Buat apa selagi mampu. Asal tidak melanggar apa yang perlu.

      Kelak nanti, ramai yang dekat. Siapa kita? Hanya mereka yang tahu. Waktu itu, ramai yang ingin tahu. Kiah, Jemah dan Bedah sibuk ambil tahu. Habis semua diselongkar satu persatu. Waktu itu, apa yang kau mahu tahu. Jawapan di balik selimut juga yang kau ingin tahu. Yang lain, tak ingin  tahu. Diam kau satu persatu! Senyuman sinis yang kau tahu. Namun, dabik dada yang kau lihat dariku. Terdiam kau beribu batu. Hanya kau dan aku yang tahu. Siapa KAU, siapa AKU!

No comments:

Post a Comment