Showing posts with label Habits.. Show all posts
Showing posts with label Habits.. Show all posts

Sunday, 24 February 2013

** Fa$h1onis&7@ **


 

                Mungki ramai di antara kita mengimpikan mereka dapat hadir sama dalam fashion show. Tidak kira samada sebagai model, pereka fesyen, pengkritik fasyen, penggemar fesyen mahupun hanya sekadar memenuhi undangan yang suka akan benda-benda indah di dunia. Semuanya indah-indah belaka. Saya suka semuanya itu. Namun, belum ada kesempatan, ruang dan peluang untuk melakukannya. Mungkin itu bukan untuk saya, atau belum jodohnya. 

Semester akhir saya penuh dengan cabaran dan kesibukan FYP – Final Year Project. Menjadi seorang pelajar Kejuruteraan Awam bukan yang paling tepat untuk dikaitkan dengan fesyen. Namun begitu, saya amat senang sekali melihat fesyen terbaru yang disuntik dalam dunia fesyen sekarang. Dalam diam, sebenarnya ramai yang merasakan bahawa fesyen itu penting. Kini, bukan sahaja fashionista yang mampu menyarung fesyen-fesyen yang dianggap pelik mahupun jarang dilihat disarungkan oleh kebiasaannya, sudahnya ramai  yang berani menyarungkan baju yang sama seperti apa yang disarungkan mereka. Hebat!

  

Sewaktu ini, saya sering melewati blog-blog fesyen. Kebanyakannya orang kita sendiri. Ada juga terselit dua tiga, orang putih dengan fesyen mereka tersendiri. Sebenarnya, blog fesyen ini banyak, seperti hujan tumbuh selepas hujan. Masing-masing dengan gaya yang tersendiri. Ada yang berfalsafah gaya fesyen, berbicara dunia fesyen luar. Penelitiannya, fesyen tempatan dan luar negara dua benda yang berbeza. Pereka tempatan lebih gemar mereka pakaian yang masih bercirikan baju kurung yang mash berlitup. Satu benda yang baik. Namun, ramai-ramai penulis  blog, masih lagi ada yang bangga dengan dunia fesyen setempat. Gambar-gambar majlis peragaan baju pereka-perka fesyen terkenal seperti Jovian Mandagie, Rizalman dan sebagainya masih lagi tetap mempunyai peminat tempatan tersendiri. Mereka penuh dengan seni, adat  dan gaya yang tersendiri. Masing-masing memperjuangkan cara yang tersendiri. Ada yang memilih padding bahu sebagai gaya tersendiri, juga potongan baju seperti mermaid, dan kain songket yang indah hasil tenunannya yang tidak boleh dipisahkan dengan setiap rekaan yang ditampilkan. Masing-masing mempunyai kegilaan dan kesukaan yang tersendiri. Bagusnya kerna apa, pelbagai pilihan baju yang boleh disarungkan.


Bagi penulis-penulis blog fesyen ini, tidak semua antara mereka berlatar belakangkan fesyen. Agak menarik jika dilihat, ada diantara mereka adalah pelajar Kejuruteaan Kimia. Pada awalnya saya kira, mungkin dia hanyalah seorang penggemar biasa terhadap fesyen. Namun, sebenarnya dia adalah pengikut trend-trend terkini dan gila akan fesyen duna. Sering dijemput ke majlis-majlis peragaan baju di dalam mahupun luar negara. Dia amat berani menyarungkan pakaian mengikut tema yang amat jarang disarungkan oleh sesetengah orang – termasuk diri saya sendiri.  Apa yang mengkagumkan saya, walaupun penggemar-penggemar fesyen ini bukanlah dikalangan yang telah menempa nama di pentas fesyen, namun mereka sentiasa memastikan mereka tidak ketinggalan dalam dunia fesyen. Mereka seiring dengan fesyen dunia. Itu jelas menunjukkan minat mereka yang mendalam terhadap fesyen dan menganggapnya sebagai hobi dan minat yang dihayati sepanjangnya.

Setelah melewati beberapa blog fesyen ini, sedikit sebanyak ia menimbulkan minat terhadap fesyen sebenar. Namun, terang saya katakan saya mungkin minat dan gemar fesyen tetapi bukan gila akan fesyen. Lebih selesa menjadi penonton dari ditonton atau mengata dari dikata. Mungkin sedikit masa lagi, jika ada kelapangan waktu, saya akan muncul dengan satu blog fesyen – lebih simple dan tidak keterlaluan. Seperti sahabat kesayangan saya pernah mencadangkan saya untuk membuat blog fesyen. Tetapi, saya masih tidak yakin kerana saya hanya orang biasa yang minat pada fesyen semata. Mungkin, satu hari nanti saya akan cuba tetapi sejujurnya banyak yang perlu dipelajari. Saya budak baru belajar, masih berhingus dalam dunia fesyen.

Bagi saya, terpulang kepada setiap individu untuk mereka mencorak bagai mana diri mereka sendiri. Mengikut garis panduan yang sedia ada dan norma kehidupan manusia, pilih dan corakkan kain yang ada mengikut warna dan citarasa sendiri. Sama ada anda inginkan ia kosong, ataupun berwarna warni seperti pelangi. Itulah diri anda sebenar. Jadi diri anda yang sebenar, kerana hanya jauhari yang mengenal manikam. Mungkin ia bukan dasar utama, tetapi ia boleh jadi sampingan. Fahami, dan hayati.